:. 9 hari lagi : Tips menjelang majlis pernikahan .:

Assalamualaikum readers,

9 hari je lagi , hati dah debor2..persiapan xsiap lagi rumah x kemas lagi..ayah asyik la tanya bila nak buat itu ini..uuu stresss sye dibuatnya tau..
ngan keje di opis lagi yg byk (byk ke?)hahaha..nk kena settlekan sblm bercuti pjg nie..yg pasti weekend nie adalah weekend yg paling bz sbb byk benda nak kena buat….

BW ke blog kepunyaan Yumie ,dpt la tips yg boleh dijadikan panduan menjelangnya hari pernikahan yg akan berlangsung minggu hadapan…phewww… (pssst k.yumie sye copy paste jek nie sbb link tue xde pape dah)

 

Tips menjelang akad nikah…

# Seeloknya, bakal pengantin melakukan solat hajat malam sebelum upacara
akad nikah untuk memastikan kelancaran majlis. Ia juga bagi mengelak
kejadian tidak diingini.
# Amalkan surah Al-Inshirah (Alam-Nashrah) untuk mengurangkan rasa
debaran menjelang detik dinikahkan. Surah itu juga yang diamalkan Nabi
Musa ketika berdepan firaun.
# Bakal pengantin lelaki juga boleh mengamalkan surah Toha (ayat 25 –
28) untuk mengurangkan darah gemuruh. Selesai membaca, bolehlah minum
segelas air untuk penenang jiwa.
# Lazim bagi bakal pengantin untuk menghafal beberapa pengetahuan asas
dalam agama. Kebiasaannya jurunikah akan bertanyakan rukun Iman dan
rukun Islam sebagai pengetahuan asas dalam Islam. Bagi yang berdebar,
sebaiknya mereka menghafal semua rukun itu bagi mengelak lebih panik.
# Sejurus selepas dinikahkan, seeloknya pengantin lelaki menunaikan
solat sunat dua rakaat sebagai bersyukur kerana berjaya menempuh alam
perkahwinan. Selepas itu, sarunglah cincin kepada isteri tercinta.
# Pengantin lelaki juga harus bersalam dengan ibu bapa dan ibu bapa
mentua, hadirin dan sahabat handai. Bersalaman adalah tanda kesyukuran
dan rasa gembira kerana semuanya sudah sempurna.

Menjelang detik majlis perkahwinan.

# Pastikan semua perkara yang dirancang lancar.
# Lantik seorang ahli keluarga terdekat untuk meneliti kelancaran acara.
# Pastikan kad undangan sudah dihantar kepada tetamu.
# Kumpulkan hantaran dan buat periksa tempahan pakaian – jangan nanti
mak andam tersalah tarikh atau memilih parsalinan berbeza.

Banyak je lagi tips kalau rajin terjah blog2 b2b yang lain…kemudianlah ea sye bw2..nie pun bz sikit sbb tgh nk mengupdate keje2 yg pending..minggu dpn nk cuti pjg..
(^_^)v

 

Writen by NhMk

2 thoughts on “:. 9 hari lagi : Tips menjelang majlis pernikahan .:

  1. akk dl buat dek je..sbb sume kakak y uruskan.akk blk ms akad nikah ajo..hahaha…kejam betul adik dia nih..dia y nak kawen..org len y bz akk rilek je,…hahahaha

Comments are closed.