Assalamualaikum,
1st time tgk kat tv & 1st episod terus rase nk tgk sampai habis..biasanya kalau 1st episod x layan sgt sbb awal2 mmg xbest..kat tengah2 cerita tue yang biasanya best..so layankan aje sampai tanya kat adik xnk ke beli novel nie…ekeke..al maklum la drama2 tv sekarang nie adaptasi dari novel..xcaya nnt tgklah bila tgh naik lrt ke or tgh tggu bas ke etc sah2 mesti ada yg tgh layan novel nie tau..cuma sye nie jelah dah lama x melayan novel..
Google2 terjumpa satu link..sapa2 x berkesempatan nk baca novel tue boleh baca secara online kat SINI..Byk jugak la koleksi novel / cerpen kat sini tau..sye pon layan jge kdg2 tue..layan bile bosan la atau nk tenangkan hati nie yg x berapa nk tenteram…bila 1st time baca online terkejut gak tgk cover novel nie org korea…hehehe..amacam??
sinopsis novel
Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya.
“Apa? Atas lantai ni?”
“Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja.”
“Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir langsung. Awak ni memang tak guna!”
Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan.
Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.
“Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh… tapi…” – Zaara Amirah
Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti…
Ini dari novel, kalau kat TV3 tue mesti ada part2 yg dah kena cut..so sapa2 nk layan tue setiap Isni hingga Khamis pukul 7.00 malam..sye layan jika berkesempatan jelah..
mode : ahad kena keje..huhu..luluh sungguh rasanya..tp atas nasihat teman2 & juga buah hati tersyg, cool sikit la hati nie..keje is amanah so buatlah keje dgn ikhlas + anggap jelah nie rezeki utk sye si B2B nie..insyaAllah
(^_^)v