:. the avengers + jalan2 .:

As salam semua,
Akhirnya dapat juga layan cerita The Avengers nie…yes2.berjaya juga ajak mr MK layan cerita nie sama2.
Cerita mmg best sbb adiwira bergabung nk lawan kuasa jahat…jadinya ada bhg lawan2 + tembak menembak + dan mcm2 lagi la..bhg lawak pun ada tau dalam cerita nie…boleh dgr satu pawagam gelak..jadinya tak mahu la cerita byk2…nak tahu best ke tak silalah layan sendiri ok..hihi 😛
Destinasi seterusnya adalah soru (makan2)..hehe…sebab lepas habis  cerita perut dah berbunyi2 minta diisi.So kitorang lunch di Thai Express @ The Curve..no bad sbb pertama kali cuba.
Aha,bhg nie yang paling best sbb mr MK dapat gak beli jam yg dah lama diidamkan…aisey korang mesti ingat pe kan..hehe.sbbnya mr MK nie mana ada jam…so bila dia pakai nampak pelik la sikit kan,hehe (jgn marah ea syg…) 
Apa2 pun hepi hari nie dapat spent masa dgn yg tersyg…walaupun sebenarnya nak gi jalan2 kt kl tp memandangkan keadaan di kl yg tak berapa nak selamat so terpaksa la tukar plan..kita plan lain kali ea…
luv u luv u..hehe jiwang plak.
k jumpa lg di lain entri..
babai.
(^_^)v

:. terbang lagi .:

Assalamualaikum semua,

Esok sye terbang lg,hmm ke labuan pulak…kalo tanya best ke tak sye akan jawab ok je la (ok ke ek)…hahaha

…nk g sne pun xde la rase risau…alhamdulillah keadaan ibu sye dh ok n jahitan pada bwh mata pun dah bukak…lepas 3 bulan follow up checkup balik

… insyaAllah semua akan baik2 aje…amin

Doakan perjlnan sye esok dan hari2 seterusnya DirahmatiNya..amin ya robb.

🙂

Published with Blogger-droid v2.0.4

:. syukur alhamdulillah.:

ibuku masuk pusrawi..
kena jahit(masuk dewan bedah) kat bwh mata..
sbb terkena kaca (sliding door)..
masa g pameran kraftangan…
pintu yg x di maintain dgn betul…
pecah berkecai..
alhamdulillah xde pape..
w/pun luka agak dalam..
syukur ya Allah..
amin.
nota : thanks syg 4 everything 

:. sharing is caring .:

Kadang-kadang,
ALLAH berikan kita kekurangan,
Untuk menguji kita dengan kekurangan yang kita ada itu..
Kadang-kadang,
ALLAH duga kita dengan ketidaksempurnaan,
Untuk menduga kita dengan ketidaksempurnaan yang kita miliki itu…

Memang sengaja,ALLAH memilih kita.
Kita yang tak punya itu dan ini,
Dikelilingi dengan orang yang ada itu dan ini..
Kadang-kadang,
Tak cukup dengan ujian kekurangan,
ALLAH hantar pula insan-insan yang memperlekehkan kita..
Insan-insan yang memperkatakan kekurangan kita,
Mulut-mulut yang mengata tentang ketidaksempurnaan kita.

Dan kadang-kadang,
Yang melukai hati..
Bukan kekurangan yang kita miliki..
Tapi,
Keceluparan mulut-mulut insani yang kata-katanya tajam,
Menghiris hati…

Namun,kadang-kadang..
Kerana terbawa emosi,
Kita lupa, mereka juga adalah ujian..
Bila kita mengaku redha dan ikhlas
Dengan ujian dan kekurangan,
Maka adakah mulut-mulut orang yang kurang ilmu
Akan membuat kita sakit hati..??
Membuat kita membenci dan berdendam..?
Astaghfirullahalazim..

Moga ALLAH mengampuni..
Kita yang diuji..
Dia yang mengeji..
Dan kita yang mungkin terlanjur membenci…
subhanallah…

kita merancang dengan cita-cita…Allah menentukan dengan sepenuh cintaNya..subhanallah..




~ dr fb seorg teman…perkongsian bersama,moga kita sll dlm lindunganNya..amin ~