:. terbang lagi .:

Assalamualaikum semua,

Esok sye terbang lg,hmm ke labuan pulak…kalo tanya best ke tak sye akan jawab ok je la (ok ke ek)…hahaha

…nk g sne pun xde la rase risau…alhamdulillah keadaan ibu sye dh ok n jahitan pada bwh mata pun dah bukak…lepas 3 bulan follow up checkup balik

… insyaAllah semua akan baik2 aje…amin

Doakan perjlnan sye esok dan hari2 seterusnya DirahmatiNya..amin ya robb.

🙂

Published with Blogger-droid v2.0.4

:. sharing is caring .:

Kadang-kadang,
ALLAH berikan kita kekurangan,
Untuk menguji kita dengan kekurangan yang kita ada itu..
Kadang-kadang,
ALLAH duga kita dengan ketidaksempurnaan,
Untuk menduga kita dengan ketidaksempurnaan yang kita miliki itu…

Memang sengaja,ALLAH memilih kita.
Kita yang tak punya itu dan ini,
Dikelilingi dengan orang yang ada itu dan ini..
Kadang-kadang,
Tak cukup dengan ujian kekurangan,
ALLAH hantar pula insan-insan yang memperlekehkan kita..
Insan-insan yang memperkatakan kekurangan kita,
Mulut-mulut yang mengata tentang ketidaksempurnaan kita.

Dan kadang-kadang,
Yang melukai hati..
Bukan kekurangan yang kita miliki..
Tapi,
Keceluparan mulut-mulut insani yang kata-katanya tajam,
Menghiris hati…

Namun,kadang-kadang..
Kerana terbawa emosi,
Kita lupa, mereka juga adalah ujian..
Bila kita mengaku redha dan ikhlas
Dengan ujian dan kekurangan,
Maka adakah mulut-mulut orang yang kurang ilmu
Akan membuat kita sakit hati..??
Membuat kita membenci dan berdendam..?
Astaghfirullahalazim..

Moga ALLAH mengampuni..
Kita yang diuji..
Dia yang mengeji..
Dan kita yang mungkin terlanjur membenci…
subhanallah…

kita merancang dengan cita-cita…Allah menentukan dengan sepenuh cintaNya..subhanallah..




~ dr fb seorg teman…perkongsian bersama,moga kita sll dlm lindunganNya..amin ~

:. buah tgn sblm tidur .:

Assalamualaikum readers,

Mlm2 sebelum tdo boleh x nk jiwang2 jap…chewah,jiwang la sgt ea.sebenarnya masa lunch bila ntah ada opismate sye bertanyakan, siapakah jodoh kita di akhirat nnt?jika sorang wanita tu kahwin lebih dari sekali @ pn tdk berkahwin sebelum dijemput Ilahi..siapakah yg akan bersama wanita itu di akhirat nnt?..wow,speechless sye sekejap.kebetulan pulak pernah baca entri berkenaan soalan ini di blog cousin sye,jadinya xsalah kan kalo sye share…sharing is caring kan? 😛

info di AKUISLAM.COM 

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” – (HR Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita meninggal dunia setelah diceraikan & tak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda:
“Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.”

semoga dia bersamaku di akhirat nnt 🙂

:. layout baru .:

Assalamualaikum,

Cuba tgk layout baru sye,hehe.ok x?tetiba je rasa nak tukar layout yg simple+x messy.Puas dah google tp x jmpe layout yg memenuhi citarasa.
Hopefully ini adalah final,tp x tentu jugalah.kalau hati dah tak berkenan kena la carik layout lain pulak..


**mode : x sabar nk balik**