::. Nota Cinta .::

Saujana – Nota Cinta

Andainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri

Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya padaNya
kasihku tulus buatNya
Setiaku balas kasihNya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-Nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung maha Suci-Nya
taatku hamba yang hina
Pada Pencipta

kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasihNya tak pernah akan musnah
Belas rahmatNya terus mencurah-curah
Nur hidayahNya semakin cerah


nota : nota cinta saya… 😀

::. 01052010 @round 3 p.m ::

Salam,

Ari nie mmg ler ari yang amat2 xbesh bg aku…eeeeeeeeeeeeeeeee
geram btl aku…pas settlekan smthing p r jln2 ngn adik2 aku…
cdgnya la nk ke Ikano…nk mencrik brg2 angah ler katekan..
tp kn otw nk ke situ da jem…adoyai…itu 1 probs….xpe la leh la tahan lgi…
pusing2 nk crik parking FULL…tue lg masalah…alih2 decide nk parking dlm tesco jek pas tue menapak plak…kira ok la..bak kata angah exercise skit…hahahaha
round 1st pusing xde parking,jdi wat lgi 2nd round…
dlm 2nd round tue da jumpa da 1 parking kosong nie..pe lgi bg la signal…
sekali kn ada la sebijik kete nie bg isyarat tgn jek kt kitorg nie ha..
nk bgtau kononnya tue parking dia la…ek eleh sengal la…
pastu kitorg beralah la sbb da ada yg tggu kan..tp kan part yg paling tidak BEST nya kan bl tetibe jek kete sengal tue nk amik parking sebelah dia jek….
eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee….
geram btl la..
tamak btl…x pasal2 org belakang yg dpt parking tue…
eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee….
mmg bebel2 la aku ngn ida dlm kete pasal kete sengal tue….
xpe2,ari nie ari ko..sok lusa ari kami…
last2 p kl jek crik brg2…
alhamdulillah sejuk skit pastue…lalalalalala
nota:kena belajar bersabar nie…hahaha

:: bgmna nk lebatkan rambut?? ::

Salam,

Nie la masalah yg aku hadapi n rasenya bukan aku sorang shj yg ada masalah nie..
—————————>> rambut gugur

hari2 mesti rambut gugur.nie masalah atau pe ek.risau pn ada jugak nie.kalo da hari2 cmnie abis la..huhuhu….
drpd pembacaan,mmg normal la rambut nie gugur.lbh kurang 100 helai rambut akn gugur dlm sehari,ermmmmmmmm…
tp kn,dlm pada itu aku ada jgk jumpe kt tenet nie ttg petua rambut ..insyaAllah akan d amalkan selepas nie..
(^_^)v

1. Rambut yang lebat dan panjang sentiasa menjadi idaman setiap orang. Untuk itu ada cara yang paling mudah yang boleh anda amalkan. Mula-mula ambil beberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah. Rebus serai itu sehingga mendidih dan apabila air serai itu sejuk, sapukan rata-rata kepada rambut anda dan seelok-eloknya ramas pada bahagian kulit kepala. Setelah lebih kurang dua jam barulah dibasuh seperti biasa.

2. Jika rambut anda selalu gugur serta nipis, cuba amalkan petua ini. Ambil eberapa biji buah keras dan bakar sehingga bewarna kekuningan. Tumbuk buah tadi sehingga hancur dan campurkan dengan minyak kelapa. Pada setiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan biarkan selama 30 minit. Cuci rambut seperti biasa. Amalkan dua kali seminggu. Insya-Allah anda akan nampak perubahannya.

3. Rambut mudah beruban jika tidak dijaga dengan baik terutama kepada orang muda. Oleh itu ada petua yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah itu. Caranya, bancuh sedikit minyak kelapa, lendir dari daun lidah buaya dan air limau nipis sehingga sebati. Kemudian bahan tadi dilumur pada kepala sebelum mandi. Biarkan selama setengah jam, barulah dibasuh bersih-bersih dengan menggunakan syampu yang sesuai. Lakukan tiga kali seminggu.

4. Anda pasti gembira sekiranya rambut anda selembut sutera seta mudah disikat.Untuk itu amalkan cara ini. Sekiranya anda bercadang untuk membasuh rambut pada esok hari, lurutkan rambut anda dengan minyak bijan sebelum tidur. Esok, syampu rambut dan bilas sehingga bersih. Lap rambut anda sehingga hampir kering. Kemudian, ambil sedikit minyak bayi atau minyak zaitun dan digunakan sebagai perapi rambut.Kalau anda berambut lurus, bolehlah disikat terus. Tetapi jika anda berambut kerinting, seelok-eloknya biar seketika dan kemudian barulah disikat (ini untukmengelakkan rambut dari putus dan bercabang ).

5.Rambut anda gugur?. Ada banyak cara mengatasinya. Satu daripadanya ialah dengan menggunakan daun inai. Ambil seberapa banyak daun inai. Tumbuk sehingga halus. Kemudian campurkan sedikit air asam jawa.
Cuci rambut hingga bersih dan bilas dengan air daun inai tadi sambil memicit-micitkan kepala. Biarkan selama setengah jam. Kemudian bersihkan kepala anda. Amalkan seminggu dua kali. Insya Allah.

6. Cara untuk mengatasi masalah kelemumur dan mengatasi masalah keguguran rambut ialah dengan menggunakan buah mengkudu.
Ambi tiga biji buah mengkudu yang telah masak dan buah zaitun yang telah ranum. Hancurkan buah mengkudu dan zaitun yang masak itu dengan air panas. Kemudian sapukan rata-rata di kepala biarkan selama 15 minit barulah dicuci dengan air limau nipis.
Jika dilakukan selama dua minggu berturut-turut, Insya Allah masalah kelemumur dan keguguran rambut akan selesai.

7. Basahkan rambut. Ambil santan kelapa dan jirus sedikit demi sedikit di rambut sambil menggosok. Setelah selesai biarkan rambut seketika kemudian basuh dengan air suam. insyaallah rambut akan kelihatan hitam dan lebat serta bersinar.

8. menghitamkan dan memanjangkan rambut
a) ambil separuh isi kelapa dan bakar sampai hangus, kemudian diparut. campurkan sedikit air, ramas dan kacau sehigga air dan isi kelapa parut sebati. lumurkan ke seluruh rambut dan biar 15 minit sebelum disikat bagi membuang hampas yang melekat pada rambut. jika sering diamalkan, rambut kelihatan hitam menawan.

b) cuci rambut setiap pagi atau 2 kali seminggu dengan air yang diramas dengan daun rambutan atau daun bunga raya. cara ini bukan saja boleh memanjangkan rambut dengan cepat tetapi menjadikannya bertambah hitam, lebat dan berseri-seri.

9. melebatkan rambut
a) apabila hendak memasak bubur kacang, kacang hijau akan direndam terlebih dahulu. air rendaman itu jangan dibuang. sapukan pada seluruh rambut. jika sering diamalkan, anda boleh mengatasi masalah rambut gugur.

b) ambil segenggam daun bunga teh yang biasa ditanam menjadi pagar rumah. tumbuk atau kisar agak kasar. selepas dicampur sedikit air (supaya agak cair), sapukannya pada seluruh rambut dan akar rambut, bungkus dengan tuala bersih dan biarkan semalaman. seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. cuci pada sebelah pagi.

10.menghilangkan kelemumur

a) ambil kangkung yang masih segar dan bersihkan. rendam kangkung di dalam besen berisi air yang mencukupi untuk membasuh kepala anda. selepas direndam semalaman, cuci kepala anda pagi esoknya. lakukan setiap hari sehingga kelemumur hilang.

b) ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk sehingga lumat. campurkan dengan 2 gelas air. selepas itu ditapis dan sapukan air itu pada kepala. biarkan seketila sebelum dibilas dengan air biasa.

c) ambil 10 helai daun bunga raya, 4 helai daun limau purut, 3 kuntum bunga (kenanga, cempaka, mawar) dan sedikit air limau nipis. ramas semua bahan sehinga berlendir. lumur di atas kepala dan biar 15 minit sebelum mencucinya.

d) ambil beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga hancur. kemudian, sapu pada seluruh kulit kepala sambil mengurut-urut kulit kepala.


tp kn dlm byk2 petua yg aku jmpe ada satu nie aku rase sgt simple n mudah…


setelah selesai makan,basuh tangan hingga bersih.

tangan yang masih basah itu lapkan pada rambut dgn. berselawat 3x.



nota : x kira la apa pn yg kite telah buat,sekurang2 nya kite telah berusaha..insyaAllah moga diberkatiNya


::. terCiptaNya seorAng waNita .::



Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,
susuk yang ia tampilkan,
atau bagaimana ia menyisir rambutnya.



Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya,
tempat dimana cinta itu ada.


Setiap Wanita itu Cantik



nota : i like it

:. karipap2 cinta .:


skang nie ngah melayan novel karipap2 cinta
pemberian cik der..hihihi
tq cik der..
u know what i like..
cyg cik der..

Nota : ‘cik der’ = cik shahida a.k.a my ‘twin’
teringin nya nk jmpe ngn seseorg… (^_^)