::.jengka 2 .::

Salam semua,

hari nie mmg x duga pn dpt g jengka 2 jln2 jmpe pak itam (abg mak)…tu pn lps g kenduri kawen kt temerloh..dh alang2 g phg so ayah ajak singgah jap…kalau nak tau pak itam sy nie mmg rajin,xsenang duduk la katakan…ada jek keje yg dibuatnya…al maklum la,duduk di kg kan,mmg byk aktiviti la yg boleh dibuat…siap bekalkan kami lagi tau n sempat jugak la snap2 pic masa ada kat sana..mmg syiok la…
nk tau apa yg dibekalkan,sila skrol ke bwh :
(^_^)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ubi kayu..pokoknya kecik jek tp isinya besar2 tue…

daun kering pn jdik model…hehe

mak ckp pokok nie pahit & blh ubat darah tinggi..nma lupe la..nnt google2…

bunga nie cantik la..

pisang yg tumbesarannya spesel..

pisang tanduk (bekal kami nie)..hehe

pak itam tgh tarik pokok ubi kayu tue..(bekal jugak)..

tadaaa…sila abaikan kaki itu..hehe

tgk2..ada byk lg tau kat belakang2 tue..

saje nk posing gak..tgh2 panas plak tue+ayu gitu..hahaha
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
the end…
amacam?
suke?
sy lg suke…
nota : nk jln2 mne lak pas nie…hurmm

::. contest hitam putih paling COOL .::

Assalamualaikum,

Semalam masa BW ternampak nama sy di tag oleh Cik Tmah..suruh join contest kat atas tue..

Klik [Sini] utk join ea…

Syarat2 nk join contest nie spt berikut ea:

1.okay macam biasa korang kena jadi follower blog ni
2.letakkan banner contest ni kat sidebar sepanjang contest berjalan & link kan ke blog ni
3.buat entry pasal contest ni dan berikan idea hadiah apa yang korang nak kalau korang menang rm100? ?*ayat yang simple je tau!*
contoh : kalau saya menang , saya nak shawl banyak-banyak !
4.tag 5 kawan-kawan yang korang rasa mesti dia nak join !
5.tarikh tutup penyertaan : 1 mac 2011

Byk2 pic yg sy jmpe,nie ler paling COOL…jeng jeng jeng..

Kalau la sy menang kan,sy nak SHAWL banyak2…(pemilik blog nie cm tau2 jek sy nak shawl manyak2)…hehehe
opps,next kena tag org plak…
sapa ea yg bertuah…
so,jom ler join ea..
all the BEST..
(^_^)v

::. hari ini punya cerita daaaaa .::

Salam semua,

Pd masa ini sedang berada di airport menunggu masa utk nek flight jam 830 pm…pergh mcm wartawan lak melaporkan dr tempat kejadian…hehe..
Sebenranya kan,alhamdulillah la ada lappy nie.boleh la mengupdate pe2 blog kesygan sy nie + boleh la BW di blog kwn2 bloggers…mmg busan la nk2 plak sorang2 nie…alahai…….lambat lak masa berlalu,dah ngantok tahap gaban dah nie,mata pn dah pedih2 dah,nie semua gara2 kena bgn awal & gerak awal dr umah hari ini (sabar ea,dugaan keje nie wahai cik norul…hehe…)..
Balik rumah nnt mmg confirm2 nk tid0…nasib la esok CUTI..ye,diulang sekali lagi ea…CUTI…hehehe…YES YES..boleh la sy qada’ tdo yg x cukup nie…x sabarnyaaaaaaaaaaaaa…

Td pekena laksa..ermmm,boleh la rasanya tue.tak boleh tanding MAK punya laksa…hehe..mmg faveret sy nie,mne2 pergi mesti nak rasa laksa.al maklum la len tempat len cara masakannnya.hehe..sorang2 kan so layan je la…
Batang hidung flight pn x nampak lagi nie…apakah akan DELAY..harap2nya jgn la delay,x baik tau buat sy yg tahap mengantuk dah kronik nie utk menunggu lagi…ADOYAI…
Ok lah,nak mengadap muka buku dulu…next time entry len lak.Kemudian la ea sy upload pic laksa tue memandangkan kabel phone pn xde nie…ahaks…

See u all next time..dadaaaaaaaaaaa

tempek pic laksa…hehehe

nota : ZzZzZzZzZzZzZzZzZzZzZzZzZzZzZzZzZzZzZzZzZzZzZzZz

::. cerita pokok saya .::

Salam semua,

Cerita pasal pokok sye…penyeri meja sye sekarang nie…tgk la pic tue…cantik x cantik x…
Terima kasih pada si pemberi..sye jg elok2 ea pokok nie…

Pokok Duit-duit (bahasa Inggeris: Centipede tongavine,, Silver Vine,Devil’s Ivy, dan Taro vine serta money plant, khususnya di India ) ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Araceae yang berasal daripada Malaysia, Indonesia, dan New Guinea. Pada suatu ketika digolongkan dalam genus Pothos, pokok ini kekadang silap digelarkan sebagaifilodendron oleh kedai-kedai tumbuhan.

Pokok Duit-duit ialah sejenis liana yang tumbuh sehingga 20 meter tinggi, dengan batang pokok sehingga 4 sentimeter diameternya. Pokok ini memanjat melalui akar-akar udara yang bercangkuk pada dahan pokok-pokok yang lain. Daun-daunnya malar hijau dengan bintik-bintik kuning, berselang-seli, dan berbentuk jantung. Daun-daun muda adalah seluruh dan tumbuh sehingga 20 sentimeter panjangnya. Ketika matang, daun-daun itu mencapai 100 sentimeter panjang dan berbentuk pinatifid, iaitu mempunyai lekuk sehingga tulang daun. Bunga Pokok Duit-duit berbentuk infloresen sehingga 23 sentimeter panjang, tetapi tidak pernah dinampak di Malaysia dan Singapura.

Penanaman dan kegunaan

Pokok Duit-duit ialah sejenis pokok hias-rumah yang popular. Terdapat banyak kultivar yang mempunyai daun-daun yang beraneka warna, termasuk warna putih, kuning, dan hijau muda. Pokok ini sering dipergunakan sebagai hiasan oleh pusat membeli-belah,pejabat, dan tempat-tempat awam yang lain disebabkan pokok ini amat lasak dan tidak memerlukan banyak jagaan. Selain itu, daun-daunnya amat menarik dan amat cekap untuk menghapuskan bahan-bahan cemar seperti formaldehid, xilena, dan benzena.

Sebagai pokok hias-rumah, Pokok Duit-duit boleh tumbuh melebihi dua meter tinggi, jika diberikan sangga yang sesuai. Untuk hasil yang terbaik, pokok ini memerlukan kecerahan cahaya yang rendah hingga sederhana. Pokok ini tidak dapat bertahan daripada cahaya terang, dan cahaya matahari langsung akan membakar daun-daunnya. Pokok Duit-duit menyukai suhu antara 17 dan 30 °C. Secara amnya, pokok ini hanya memerlukan air ketika daun-daunnya berasa kering jika disentuh. Baja cecair boleh dibubuh pada musim bunga, dan pasunya harus ditukar setiap beberapa tahun. Bagaimanapun, pokok ini adalah pokok yang tegap dan dapat bertahan daripada setakat penganiayaan. Pokok Duit-duit boleh ditanam secara hidroponik dengan mudah.

(^_^)v

::. 20Jan_2011_BktCahaya_paRt_1 .::

Assalamualaikum semua,

Bukit Cahaya…tempat nie kali terakhir sy pergi sewktu rombongan sekolah dulu…ermmm…bila dicongak2,adalah 15 tahun yg lalu…wah,15 tahun lama tue…& hari nie baru berpeluang berjln2 kt sini..tue pn sbb hari nie hari spesel tau kwn2…hehehe..
Sbenarnya plan lain tp last2 minit sye tukar fikiran pulak..ajak dia jln2 kt sini la..boleh la snap2 pic byk2…boleh la tunjuk skil yg terpendam kn…hehe…ada ke tidak ntah ea..
Well we enjoy the day together today..
Enjoy the pic ya,ada part 2 nnt.

hepi besday dear…
all the BEST in ur life & our life to0..insyaAllah,amin..
(^_^)v