::. POS Insurans Raya .::

Assalamualaikum kwn2,

Nk beli insurans x?Pos Msia ada jual insurans bersempena dgn Hari Raya yang bakal menjelang tak lame je lagi.Sila rujuk penerangan di bawah ea n jika berminat boleh la inform saye ea kwn2…
Sumber :http://www.pos.com.my

POS Insurans Raya adalah satu skim perlindungan kemalangan diri yang khas dan hanya boleh didapati di semua cawangan Pos Malaysia. Secara umumnya, sebahagian besar rakyat Malaysia akan pulang ke kampung pada musim perayaan. Kemalangan kerap berlaku di musim perayaan dan inilah masanya di mana perlindungan insurans yang lebih tinggi amat diperlukan.

Sebagai sebuah entiti korporat yang prihatin, Pos Malaysia dengan kerjasama MAA, telah memperkenalkan satu skim insurans kemalangan diri yang mampu dimiliki oleh SETIAP pelanggan Pos yang dihargai. Dengan bayaran serendah RM6*, anda akan dilindungi 24 jam sehari, terhadap semua jenis kemalangan sepanjang masa perlindungan di Hari Raya ini.

Masa perlindungan akan bermula 3 hari sebelum, 2 hari semasa Hari Raya dan 10 hari selepas Hari Raya (keseluruhan 15 hari). Tiada perlindungan lain yang lebih menarik dan mampu dimiliki pada musim Raya ini.

No

Manfaat

Pelan Individu (RM)

**Pelan Keluarga (RM)

1

Kematian Kemalangan

20,000

20,000 / Orang yang diinsuranskan (mak.100,000)

2

Kehilangan Upaya Kekal

20,000

20,000 / Orang yang diinsuranskan (mak.100,000)

3

Kehilangan Dokumen (akibat ragut)

100

100 / Orang yang diinsuranskan (mak. 500)

4

Pendapatan Hospital Harian (mak. 30 hari)

30

30

5

Jumlah perlu dibayar

6

20

*

Berdasarkan kepada Pelan Individu

**

Pelan Keluarga melindungi pasangan sah dan anak-anak termasuk anak angkat yang sah.

Nota:

i)

Lingkungan Perlindungan: Di dalam Malaysia sahaja.

ii)

Terhad kepada 2 polisi untuk setiap individu atau keluarga.

iii)

Pelanggan hendaklah mengisi nama, No K/P, no. telefon, pelan yang dipilih dan jumlah premium pada Borang Pos Akaun 39 yang boleh didapati di semua kaunter Pos Malaysia.

MAA adalah penanggung insurans untuk skim POS Insurans Raya ini. Sekiranya berlaku tuntutan, anda boleh menghubungi cawangan MAA Assurance atau pusat khidmat pelanggan di 1-300-888-622.

nota : Jom kite beli jom…

Writen by NhMk

2 thoughts on “::. POS Insurans Raya .::

Comments are closed.