Assalamualaikum bloggers,
Semalam sakit belakang yg amat sgt disbbkn oleh sakit org pompuan…paham2 la ea sakit apa sbb sakit nie setiap bulan 🙂 cuma bezanya bkn setiap bulan akan sakit belakang, kadang2 ok kadang2 xok…tp kena byk sabarlah kan..so apa yg sye buat kalo sakit belakang/sakit perut melanda?? —> sapu bam serai yg berangin tue lepas tue zZzZzZzZzZz..insyaAllah bangun esok kuranglah rasa sakitnya..
Dari pembacaan2 di internet byk jgk la info berguna yg boleh sye dan blogger2 semua praktikkan…moh kte layan ea info kat bawah nie :
Sakit di bahagian bawah abdomen dan sakit di bahagian belakang selalunya dianggap normal akibat pengeluaran hormone Prostaglandin yang menggalakkan pengecutan rahem untuk mengeluarkan darah haid dalam rahem.
Pengeluaran hormone Prostaglandin yang banyak akan menyebabkan pengecutan rahim secara berlebihan dan ini menyebabkan sakit, bukan saja pada bahagian bawah perut yang kuat,tetapi juga pada bahagian belakang pinggang.
Dalam kebanyakan kes, sakit yang terlalu kuat boleh jadi disebabkan oleh masalah-masalah penyakit puan yang lain yang lebih serius seperti jangkitan kuman (Pelvic Inflammatory Disease), endometriosis dan fibroid.
Tanda-tanda seseorang wanita itu mengalami masalah yang lebih serius adalah apabila seseorang wanita itu mengalami senggugut yang melampau pada setiap bulan, sehingga terpaksa mengambil beberapa hari cuti kerana tidak mampu melakukan kerja.
Ada beberapa cara yang boleh diamalkan untuk mengelakkan rasa senggugut yang teruk. Antaranya:
1. Melakukan senaman ringan. Ada beberapa kajian menunjukkan wanita yang melakukan senaman ringan mendapat manfaat kelegaan bagi sakit senggugut yag kuat.
2. Mengekalkan pemakanan yang seimbang dan sihat, dan mengambil suplemen yang mempunyai nutrisi vitamin B dan magnesium.
3. Minum air secukupnya, sekurang-kurangnya 1.5-2 liter dalam sehari.
4. Boleh tuam menggunakan beg plastic atau beg kulit yang berisi air suam pada bahagian bawah perut bagi mendapatkan kelegaan.
5. Banyak kajian mendapati bahawa pengambilan ekstrak Kacip Fatimah 30mg beberapa hari sebelum kedatangan haid dapat mengurangkan senggugut yang teruk.
6. Akhir sekali, Boleh mengambil ubat penahan sakit yang ringan seperti acetaminophen dan paracetamol atau ubat penahan sakit yang lebih baik seperti ibuprofen atau naproxen, beberapa hari sebelum kedatangan haid.
Harap2 info ini memberi manfaat pada kte semua…
xoxo