:. Corflakes Coklat .:

Assalamualaikum,
Syukur alhamdulillah, malam td dpt juga siapkan cornflakes coklat utk raya nnt (sebenarnya request by angah).Faveret dia nie.hehe.. Senang je nak buat , malam raya pun masih sempat lagi kalau nak buat tau.
Bahan2
Cornflakes
Coco Crunch (ikut suka  nk letak @ tak)
Bubble rice
Kismis
Coklat masakan @ Coklat bantal
Hiasan (sbg hiasan)
Cara2
1. Cairkan coklat masakan menggunakan teknik double boiler. Mcm sye gunakan kuali untuk panaskan air dan kemudian letak periuk yang berisi coklat ke dlm air yg mendidih tue. Api pastikan sederhana besar.
2. Bila coklat dah cair , masukkan cornflakes , coco crunch , kismis dan buble rice dan kacau rata.
3. Kemudian boleh la susun ke dalam sampul dan hasilnya spt gambar di bawah.
4. Biarkan sejuk dan sudah boleh dimakan..Nyum2
Teringin tak nak makan?hehe

  Malam nie nk buat lg tp nak cuba guna coklat Beryls pulak.

::. bubur pulut hitam .::

As salam semua,
Ptg nie tetiba la pulak nk mkn bubur pulut hitam..hehe..so pg td pegi NSK ngn mak belilah pulut hitam…x byk pn beli tp bila dah buat jadi byk.xpe2,rezeki lebih esok bwk g keje mkn kat opis…nyum2..
Cara nk buat senang je rupanya.
Bahan2
Pulut hitam
Kelapa 1 biji
Gula 1 cawan
Air
Cara2
1.Rendam pulut hitam.
2.Rebus pulut hitam tue sampai kembang.
3.Masukkan gula dan santan.
4.Tunggu mendidih.Siap. 
nyum2.sedap.tp kalo nk rase lemak lg boleh la tambah santan lg ea..
(^_^)v
nota : esok dah keje…monday blues la jawabnya…

::. apam polka dot .::

Bahan-bahan
3 biji telur – dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling secukupnya (saya guna filling blueberi)
Pewarna ikut suka
Cara-cara
1.Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 – 8 minit.
2.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
3.Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
7.Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Guna api sederhana. Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah/mekar

tadaaaaaaaaa..nie la hasilnya.agak famous kat umah tau…
selamat mencuba..
(^_^)v

::. kuih getas part ii .::

Assalamulaikum kwn2…

Nak sambung topik kuih getas bhg ii pulak….bru nk update kan,lately kemalasan melanda diri utk mengupdate..entah la kenapa ada perasaan mcm tue…hehehe…

Bahan-bahan ( 16-18 biji )

250 gm tepung pulut

150gm kelapa parut

130 ml air

secubit garam

* 3/4 cwn gula

* 1/2 cwn air

* sehelai daun pandan

Cara-cara

Campurkan semua bahan kecuali yg bertanda *, gaul hingga menjadi doh.

Kepal bulat2 dan dileperkan (bentuk lonjong) ikut suka saiz, ketebalan dan bentuk. Goreng hingga kekuningan

Dikuali lain, masak bahan bertanda * hingga pekat, bebuih dan bertali. Masukkan kuih yg telah siap digoreng. Pastikan api kecil. Bila gula mula terbentuk dan melekat matikan api.

Sedia utuk dimakan, sesuai utk sarapan dan minum petang.

** terima kasih mr google utk.resepi ini..sbb x pernah buat kan tue yg kena google2 dlu…hehe..lps nie boleh la mencuba **

::. Rendang Daging .::

daging sekilo

kelapa 2 biji ( sebiji buat kerisik dan satu buat santan

lada kering sesedap rase

bawang merah 10biji

bawang puteh 2 ulas

buah keras 4 biji

halia 1 inch

langkuas 1 inch

serai diketok 1 batang

daun kunyit sehelai di simpul

asam keping 1

gula merah,gula pasir, garam secukup rasa

kulit kayu manis 2 inch untuk tumis

minyak

cara buat

1.daging dibersih dan dipotong 2 inch

2.lada kering,bawang merah, bawang putih, buah keras,halia, lengkuas, dipotong halus dan di mesin hingga halus

3.gaul daging dengan kerisik hingga rata dan perap sekejap

4.tumis kulit kayu manis hingga wangi, masuk daging dan tumis hingga kering air

5. bubuh santan, serai, daun kunyit, garam,gula,asam keping secukup rase, masak hingga kering dan warna hitam dan pecah minyak, tapi jangan terlalu kering

selamat mencuba


nota : lama dah nk resepi nie tau…bru la bg ea kwn…hehehe..anyway thnx a lot ya…

::. BinGka Roti iBu .::

السلام عليكم
Hai kwn2 semua,mggu nie belajar dgn ibu cara2 nak buat bingka roti yg tersedap sekali…hehehe…
sebenarnya ibu nie pandai buat kuih muih,sbb tue dulu2 pernah menjual kuih muih+nasi lemak..teringat pulak zaman sekolah2 smpi zaman keje nie…pernah jadi dealer kat sekolah..hihi..kwn2 pulak suke n order n boleh kata hari2 bwk p sekolah….sambil belajar sambil meniaga…rindu zaman tue…
ok2,kembali pd topik utama…
Bahan2 :
Sebuku roti (biasa beli yg harga rm1.60 jenama family)
Santan (sebiji kelapa)
Telur 1 biji
Gula 1 cawan
Tepung Gandum 1 cawan
Color kuning(sikit je coz nk bg color)
Cara2 buat :
1.Pukul telur + gula sampai sebati.
2.Campurkan santan & gaul rata.
3.Kemudian campurkan tepung & kacau.
4.Bubuh color kuning sikit.
5.Campurkan roti ke dlm bancuhan td…roti tue kemudian dihancurkan.
6.Curahkan ke dlm acuan & Bakar di atas api yg sederhana besar selama 1 1/2 jam..
7.Dah masak biar sejuk & potong & siap utk dihidangkan.

nie la rupanya bile dah campur kesemua bahan2 td…

nie pulak sebelum masak…
nota : esok sy bw ea kwn2…